Masjid Kg. Pinang terletak di Kampung Pinang, Mukim Kg. Raja dalam Dun Kota Putera.
Masjid ini diasaskan oleh Haji Wan Jusoh bin Abas pada tahun 1940. Pada tahun 1960, masjid ini dipindahkan daripada tapak asal ke tapak baru, jarak dari tapak asal lebih kurang 100 ela. Pembinaannya dilakukan oleh orang-orang kampung.
Disebabkan masjid ini telah uzur, maka dalam tahun 1987, kerajaan negeri telah membina sebuah masjid baru dengan kos peruntukan sebanyak RM 150,000.00. Masjid baru initerletak bersebelahan dengan masjid yang sedia ada.
Masjid ini siap sepenuhnya pada 21 Oktober 1989. Ahli qaryah masjid ini terdiri daripada buah kampung iaitu Kampung Pinang, Kampung Pantai, dan Kampung Lama. Ahli-ahli jemaah masjid ini lebih kurang 70 orang sahaja.
Info dari: emasjid.terengganu.gov.my/
.